| UM kembali 200 terbaik dunia:syabas pada MPMUM dan Pentadbiran UM | ||||
|
|
08 oktober 4.30 p.m: Media seluruh Malaysia dan sebahagian media antarabangsa hari ini mengucapkan ucapan syabas dan tahniah kepada Universiti Malaya yang telah berjaya kembali ke ranking 200 universiti terbaik dunia.Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) turut tidak terlepas dari memberikan penghargaan kepada MPMUM dan pihak pentadbiran Universiti yang telah berjaya menjadikan seluruh rakyat malaysia bebangga di atas kejayaan ini.
Dalam kenyataan PMIUM kepada media hari ini melalui exco penerangan nya,Ustaz Farid Jalpah berkata kejayaan dan pencapaian ini seharusnya dikongsi bersama oleh seluruh warga universiti,sama ada dari peringkat tertinggi universti hingga ke peringkat staf dan mahasiswa kerana ia merupakan satu maniefestasi semua pihak kepada langkah perubahan yang dilakukan. ![]() "kita yakin dan percaya bahawasanya pencapaian ini adalah merupakan hasil usaha keras semua pihak,termasuk MPMUM dan pihak pentadbiran.Ini lah yang di inginkan oleh Islam,agar kita sentiasa menuju ke arah yang lebih baik sehingga Nabi S.A.W besabda dalam satu hadis yang mafumnya 'barangsiapa yang hari ini adalah lebih teruk dari semalam,maka celaka lah dia. dan barangsiapa yang hari ini adalah sama sahaja seperti semalam,maka rugi lah dia dan barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam,maka beruntunglah dia".Jelasnya Ketika diminta menyatakan sumbangan PMIUM terhadap pencapaian ini,Presidennya Ustaz Shazni munir Mohd Ithnin sempat tersenyum seketika sebelum memberikan ulasannya: ![]() "kita di peringkat PMIUM telah lama memikirkan dan berusaha untuk meningkatkan ranking universiti dan dalam masa yang sama kita PMIUM akan terus komited terhadap gerak kerja dakwah yang menyeluruh di UM ini sama ada di puji atau dikeji dan akan terus melahirkan pemimpin yang hebat sepertimana yang anda lihat dalam kabinet MPMUM dan negara hari ini sendiri". Dalam perkembangan berkaitan,laman Web rasmi MPMUM.org melaporkan MPMUM berkongsi gembira terhadapa pengiktirafan oleh Times Higher Education (THE)-QS World University Rankings 2009 itu. YDP MPMUM,Mohd Ridzuan Mohammad juga menyatakan bahawa ianya hasil usaha sama MPMUM sebagai wakil seluruh mahasiswa UM bersama pihak pentadbiran dalam merealisasikan agenda perubahan yang dibawa MPMUM. Di akhir pertemuan bersama pimpinan PMIUM itu,ustaz Shazni Munir turut mengingatkan kepada semua ahli PMIUM agar lebih menumpukan perhatian kepada akademik tanpa meninggalkan gerak kerja dakwah yang dirancang.
Powered by !JoomlaComment 4.0alpha3
!joomlacomment 4.0 Copyright (C) 2009 Compojoom.com . All rights reserved."
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||




