| Sidana 09' |
|
|
|
| Written by Pengendali Laman | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wednesday, 04 February 2009 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kuala Lumpur, 31 Jan - Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya bakal menganjurkan sebuah wacana bebas penghujung bulan Februari ini yang antara lain membincangkan halatuju mahasiswa Islam dan isu-isu berkaitan. Pengarah program tersebut, saudara Mohd Hasbie Muda merangkap Bendahari Kehormat persatuan tersebut semasa bertemu media di lobi Pejabat Urusan Mahasiswakini.com pagi ini menyatakan bahawa program tersebut yang diberi nama Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia (SIDANA’09) akan membincangkan isu-isu merangkumi halatuju mahasiswa di Malaysia terutamanya mahasiswa Islam dan beberapa resolusi yang telah dibuat berkenaannya. “SIDANA’09 akan dimulakan dengan diskusi antara beberapa orang tokoh pemimpin muda dan ahli akademik, kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh beberapa pakar merangkumi isu-isu halatuju mahasiswa dan kopakan minda berkenaan suara mahasiswa terhadap massa. Kami berusaha untuk mengumpulkan wakil mahasiswa di setiap kampus untuk sama-sama membincangkan dan berdiskusi dalam simposium ini,”ujar beliau. SIDANA’09 yang bakal menampilkan tokoh-tokoh negara seperti YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), Profesor Muhammad Abu Bakar (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM yang juga pengarang buku “Mahasiswa Menggugat”),YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Ahli Parlimen Rembau) dan beberapa nama besar lain seperti dan ahli perniagaan terkenal iaitu Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary, Pengerusi Yayasan Al Bukhary dijadualkan akan diadakan pada 28 Februari dan 1 Mac nanti bertempat di Dewan Tunku Canselor. Tambah beliau, surat jemputan untuk menghadiri program mula dihantar kepada semua kampus
____________________________________________________________________________________________________________
PENGENALAN SIDANA ‘09
Simposium Mahasiswa Islam Se Malaysia (SIDANA ‘09) merupakan satu program yang menghimpunkan wakil Mahasiswa Islam bagi seluruh Institut Pengajian Tinggi DI Malaysia.
Pemfokusan SIDANA 09 sebagai program ilmiah yang terdapat dalamnya pelbagai siri pembentangan kertas kerja dan forum khusus bagi membincangkan aspek-aspek semasa berkaitan mahasiswa secara lansung ataupun tidak bertujuan untuk membuka dan merubah minda mahasiswa Islam agar mampu mendepani cabaran globalisasi dunia yang semakin mengancam.
Resolusi bertindak daripada program ini diharapkan dapat menghasilkan satu momentum gerakan mahasiswa Islam yang progresif.
OBJEKTIF PROGRAM
Menyatukan mahasiswa Islam dengan merapatkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mahasiswa Islam di seluruh Malaysia.
Menjana warga kampus yang berkeyakinan tinggi,matang dan intelek serta mampu berdaya saing untuk menghadapi cabaran global.
Menanamkan sikap integriti dan etika yang tinggi di dalam mahasiswa sebagai modal insan yang akan berperanan di alam kerjaya.
____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Forum Sempena SIDANA ’09
Moderator:
Panelis 1:
Panelis 2:
Panelis 3:
Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)
Ucaptama
Pembentangan Kertas Kerja 1
Pembentangan Kertas Kerja 2
Pembentangan Kertas Kerja 3
Pembentangan Kertas Kerja 4 *Subject to change Surat jemputan untuk menghadiri program mula dihantar kepada semua kampus.Sebarang masalah boleh hubungi Ketua Unit Perhubungan SIDANA saudara Nik Razak (013-2965731) atau saya sendiri (013-2965619)
____________________________________________________________________________________________________________
TENTATIF PROGRAM
28 Februari 2009 (Sabtu) 08.10 - 08.30 malam : Ketibaan peserta 08.30 - 09.00 malam : Ketibaan dif-dif kehormat 09.00 - 09.05 malam : Ketibaan perasmi dan Lagu Negaraku 09.05 - 09.10 malam : Kata alu-aluan pengerusi majlis : Bacaan Doa 09.10 - 09.20 malam : Ucapan Pengarah SIDANA ’09 09.20 - 09.40 malam : Ucapan perasmian Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia (SIDANA ’09) Oleh Yg Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya. 09.40 - 09.45 malam : Persembahan Multimedia. 09.45 - 11.35 malam : Forum Sempena SIDANA ’09 ”Mahasiswa Tempatan vs Mahasiswa Luar Negara”
Moderator: Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin Mahasiswa Universiti Malaya
Panelis 1: Mohd Ramadhan Fitri Elias Mantan YDP MPMUM Sesi 2003/2004
Panelis 2: Saudara Feriz Omar Presiden ProWaris
Panelis 3: Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Profesor Universiti Malaya
11.35 - 11.45 malam Bersurai
1 Mac 2009 (Ahad)
09.15 - 10.00 pagi : Ucaptama Oleh: YB Datuk Paduka Ibrahim Ali Presiden PERKASA Ahli Parlimen Pasir Mas
10.00 - 11.30 pagi : Pembentangan Kertas Kerja 1 Tema : Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat Oleh : YB Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang,Kelantan.
11.30 - 01.00 tengahari : Bicara Korporat Tema : Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dalam Memacu Ekonomi Masa Depan Oleh : Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh Pengerusi Proton Holding Berhad
01.00 02.00 petang : Makan tengahari dan solat zuhur
02.00 - 03.30 petang : Pembentangan Kertas Kerja 2 Tema : Kampus, Kecelaruan Intelek & Kebangkitan Mahasiswa Oleh:Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar Dekan Fakulti Sastera UM
03.30 - 04.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja 3 Tema :Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia Oleh : Sdr. Muhamad Hisommudin Bakar Mantan Presiden MPMUM Sesi 2001/2002
04.00 - 4.30 petang : Ucapan Penutup dan pembentangan resolusi 05.00 - 05.20 petang : Minum petang dan bersurai
____________________________________________________________________________________________________________
MAJLIS TERTINGGI
JAWATANKUASA PELAKSANA
_____________________________________________________________________________________________________________
Biodata Panelis
Forum ”Mahasiswa Malaysia vs Malaysia Luar Negara” 1) Saudara Ramadhan Fitri Elias Saudara Ramadhan Fitri Elias adalah graduan lulusan Universiti Malaya dalam jurusan Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul dan Sarjana Syariah Muamalat di UIAM.Beliau pernah menjawat jawatan Yang DiPertua MPMUM bagi sesi 2003/04 dan jawatan Yang DiPertua PMIUM bagi sesi 2004/05.Kini , beliau berkhidmat di RHB Bank. 2) Saudara Feriz Omar Saudara Feriz Omar adalah Presiden Pro Waris, sebuah NGO yang memperjuangkan kesejahteraan dan pemerkasaan suara rakyat. 3) Prof.Emeritus Tan Sri Dato’ Khoo Kay Kim Professor Emeritus Dato` Dr. Khoo Kay Kim ialah seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (1959), M.A. (1967) dan PhD. Pada tahun 1974 dari Universiti Malaya. Prof Khoo Kay Kim merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara.Beliau kini bertugas di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya sebagai Profesor.
Biodata Penyampai Ucaptama YB Datuk Paduka Ibrahim Ali (Tema: Mahasiswa Mesti Bersatu) Datuk Ibrahim Ali adalah ahli Parlimen Pasir Mas,Kelantan.Beliau juga adalah Presiden PERKASA.Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Biodata Pembentang Kertas Kerja 1) YB Saifuddin Nasution (Tajuk: Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat) YB Saifuddin Nasution bin Ismail mendapat pendidikan di Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun dan mendapat Sijil Pengurusan Latihan. Selain itu beliau juga mendapat Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia. Saifuddin Nasution berasal dari Kedah. Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik.
2) Saudara Muhamad Hisomuddin Bakar (Tajuk:Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam) Beliau adalah Pengarah Eksekutif Ilham Centre.Mendapat Ijazah sarjana Muda dalam bidan Siasah Syariyyah di Universiti Malaya dan Sarjana dalam bidang Strategi dan Perancangan Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia.Beliau juga adalah mantan Yang DiPertua MPMUM sesi 2001/2002.
3) Prof. Dato’ Mohammad Abu Bakar (Tajuk:Kampus,Keresahan Intelek dan Kebangkitan Mahasiswa) Profesor Dato’ Mohammad adalah Dekan Fakulti Sastera dan sains Sosial Universiti Malaya.Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera di Universiti Malaya Ijazah Sarjana dari Universiti Lancaster,UK.
4) Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Tajuk:Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Masa Hadapan) Beliau adalah Pengerusi Proton Holding Berhad.Sebelum ini beliau adalah Pengerusi Eksekutif Nadicor Holding Sdn Bhd.Beliau juga adalah ahli Lembaga Pengarah Universiti Multimedia Malaysia.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Tuesday, 24 February 2009 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||











