| PMIUM Kesal Poster Palestin di Cabut |
|
|
|
| Written by Pengendali Laman | |
| Saturday, 10 January 2009 | |
|
27 Disember yang lalu, Bumi Palestin telah diserang sekali lagi oleh rejim Zionis. Sehingga kini dianggarkan seramai 700 orang telah terkorban dan 2000 orang lagi dilaporkan cedera parah. Apa yang lebih menyedihkan, hampir kebanyakkan dari mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) melihat isu ini sebagai satu perbuatan yang tidak bermaruah. Walaupun sehingga kini seluruh dunia mengadakan himpunan aman dan tunjuk perasaan mengecam tindakan melampau Israel, tetapi belum ada tanda-tanda menunjukkan mereka akan menghentikan serangan mereka. Malah semakin banyak bedilan bom dan pembunuhan dilakukan.PMIUM semalam sempat turun ke perhimpunan Aman Palestin yang diadakan dihadapan Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur. Bersama-sama PMIUM adalah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) , Solidariti Mahasiswa Malaysa (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Yang di-Pertua PMIUM ketika ditemui berkata PMIUM tidak akan mengambil sikap berdiam diri terhadap isu ini. Beliau juga mengatakan bahawa setakat ini di peringkat Universiti Malaya sendiri PMIUM telah berusaha menanam kesedaran dikalangan mahasiswa dengan mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan dan mengadakan himpunan aman (bersama Pro-Mahasiswa Universiti Malaya) di Pentas Gazebo 8 Januari lalu. “Kita sebagai mahasiswa berjiwa intelek pasti tidak rela melihat saban hari ada sahaja mangsa-mangsa yang terkorban. Tambahan pula kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Saya menyeru kepada semua mahasiswa Universiti Malaya untuk sama-sama kita menyatakan kebencian dan kecaman kita terhadap tindakan Israel. “ Kata Beliau lagi. PMIUM bersama-sama dengan Pro-Mahasiswa mengambil langkah turun bersama Pro-Mahasiswa dan berjumpa sendiri dengan mahasiswa di kolej-kolej kediaman dan di kediaman mahasiswa luar kampus selain melekatkan poster-poster disekitar kampus. PMIUM percaya bahawa mahasiswa Universiti Malaya juga sangat prihatin tentang isu ini berdasarkan sambutan dan sokongan yang diterima dari warga universiti sendiri yang amat mengalakkan. Walau bagaimanapun ada diantara warga Universiti Malaya yang seakan-akan menentang tindakan murni PMIUM bersama Pro-Mahasiswa. Ini kerana setelah ditinjau diseluruh kampus, poster-poster yang ditampal telah pun dicabut dan lebih teruk lagi dikoyakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Tidak cukup dengan itu, risalah-risalah yang diberikan dirampas dan dibuang ke dalam tong sampah. PMIUM kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Tindakan tidak bertanggungjawab ini seolah-olah menunjukkan bahawa mereka ini menyokong tindakan tidak bermoral Israel ke atas Palestin. Pengerusi Duta Pro-Mahasiswa Universiti Malaya ketika ditanya berkata, Pro-Mahasiswa dan PMIUM hanya mengedarkan risalah dan poster-poster yang mengecam tindakan Israel dan bukannya melakukan sesuatu perkara yang tidak bermoral. “ Risalah-risalah dan poster-poster yang ditampal bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dikalangan mahasiswa disamping untuk mengalakkan mahasiswa bertindak lebih professional dalam menangani isu yang mendapat perhatian dunia ini. Malangnya ada pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah membenci tindakan murni Pro-Mahasiswa dan PMIUM” kata beliau lagi. PMIUM berharap semoga kejadian yang sama tidak akan berulang. Ini kerana sebagai mahasiswa mahupun kakitangan Universiti Malaya, kita juga seharusnya bersama-sama memikirkan usaha yang boleh disumbangkan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin. |
| Next > |
|---|






































