| Kedaulatan Islam di HINA! |
|
|
|
| Written by Mohd Ridzuan Mohammad | |
| Monday, 10 November 2008 | |
|
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 lalu telah membuat keputusan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai
'pengkid'.
Namun, begitu tidak sampai sebulan fatwa ini dikeluarkan sudah ada pihak tertentu tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Di bawah ini adalah video rakaman oleh Malaysiakini pada 7 November
2008 mengenai demontrasi menentang fatwa tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Prof Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menyatakan fatwa tersebut dikeluarkan selepas mengkaji gejala 'pengkid' dan 'tomboy' semakin menular. Gejala ini amat membimbangkan umat Islam bukan hanya perwatakan seperti lelaki bahkan 'golongan' ini tidak lagi berminat dengan lelaki tetapi berminat dengan kaum sejenis.
(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan.
(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam
dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan
dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja
supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya.
-DI PETIK DARIPADA http://www.minda-mahasiswa.blogspot.com/ |
|
| Last Updated ( Friday, 05 December 2008 ) |






































