|
Written by Pengendali Laman
|
|
Monday, 10 November 2008 |
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan kerjasama Persatuan Ulama
Malaysia menganjurkan Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya atau Lakium 08.Lakium 08 merupakan
satu medium yang disediakan oleh PMIUM kepada mahasiswa islam kampus Universiti Malaya dalam usaha memberi kefahaman Islam kepada warga kampus. Lakium 08 merupakan peluang terbaik mahasiswa dalam
memahami konsep Islam yang syumul di samping meningkatkan ketahanan fizikal, mental dan spiritual dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik. Penerapan nilai-nilai kepimpinan sepanjang
program memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan mereka. Tahun ini Lakium akan diadakan di Sukida Resort, Semenyih bermula
18 November 2008 (Selasa) sehingga 20 November 2008 (Khamis). Penyertaan masih terbuka kepada anda.
Untuk menyertai Lakium 08 emelkan butiran berikut kepada
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
:-
- Nama
- Fakulti / Tahun pengajian
- No Matriks
- No telefon
Yuran penyertaan cuma RM15 dan 20 penyertaan terawal akan menerima cenderamata menarik dari kami. Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai Lakium 08!
Sebarang masalah, hubungi nombor berikut :
atau datang terus ke Sekretariat PMIUM, No 15, Aras 2, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya
Objektif Lakium 08
Lakium 08 merupakan suatu inisiatif dari PMIUM untuk menerapkan idea faham Islam yang syumul kepada warga kampus Universiti Malaya di samping memberi tekanan kepada ciri-ciri kepimpinan dan ketahanan
fizikal.
Lakium 08 bertujuan untuk :-
- Memberikan kefahaman Islam kepada mahasiswa di samping penerapan nilai-nilai akhlak individu muslim
- Membina serta menanam keyakinan dan kepercayaan kepada diri mahasiswa bahawa mereka boleh menjadi individu,
mahasiswa dan pemimpin yang cemerlang.
- Membimbing mahasiswa agar menyedari potensi diri dengan lebih mendalam seterusnya bersedia untuk menggunakannya secara maksimum
- Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan diri yang seimbang bagi
mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Antara program dan aktiviti yang menjadi pengisian sepanjang Lakium 08 ialah :-
1. Kuliah
- Pengisian yang bersifat motivasi dan ilmiah dalam membangunkan pemikiran kritikal dalam kalangan para peserta
2. Teambuilding
- Membina semangat kerjasama dan menyuburkan ukhuwwah dalam kalangan peserta
- Menerapkan kemahiran insaniah dalam pembinaan individu yang berkualiti dan berkebolehan
3. Pengisian Rohani
- Menerapkan pembangunan insan dan spiritual dalam kalangan peserta untuk menjadi mahasiswa muslim yang berkualiti
4. Outdoor Games
- Memberikan ketahanan fizikal kepada peserta melalui aktiviti sukan yang menarik
- Antara yang menarik termasuklah Flying Fox, jungle trekking dan berkayak
|
|
Last Updated ( Monday, 10 November 2008 )
|