Kuala Lumpur, 31 Jan -
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya bakal menganjurkan sebuah wacana bebas penghujung bulan Februari ini yang antara lain membincangkan halatuju mahasiswa Islam dan isu-isu berkaitan.
Pengarah program tersebut, saudara Mohd Hasbie Muda merangkap Bendahari Kehormat persatuan tersebut semasa bertemu media di lobi Pejabat Urusan Mahasiswakini.com pagi ini menyatakan bahawa
program tersebut yang diberi nama Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia (SIDANA’09) akan membincangkan isu-isu merangkumi halatuju mahasiswa di Malaysia terutamanya mahasiswa Islam dan
beberapa resolusi yang telah dibuat berkenaannya.
Isu serangan dan pengeboman Israel terhadap penduduk Gaza sejak 27 Disember 2008 lalu telah menarik perhatian dunia. Serangan tersebut berterusan semenjak tarikh
itu hingga ke hari ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat di seluruh negara. Seluruh masyarakat dunia telah bangkit mengecam tindakan Israel tersebut. Hampir setiap hari berlakunya
bantahan dan kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat.
27 Disember yang lalu, Bumi Palestin telah diserang sekali lagi oleh rejim Zionis. Sehingga kini dianggarkan seramai 700 orang telah terkorban dan 2000 orang lagi dilaporkan
cedera parah. Apa yang lebih menyedihkan, hampir kebanyakkan dari mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) melihat isu ini sebagai satu perbuatan yang tidak
bermaruah. Walaupun sehingga kini seluruh dunia mengadakan himpunan aman dan tunjuk perasaan mengecam tindakan melampau Israel, tetapi belum ada tanda-tanda menunjukkan mereka akan menghentikan
serangan mereka. Malah semakin banyak bedilan bom dan pembunuhan dilakukan.